Wednesday, January 28, 2009

Days are getting longer.. and longer..

YESSS!!!!
Sekarang nii dah lebih separuh dah kot winter.. Ni winter yang ke-2 aku dan keluarga lalui di Dundee nii.. Tahun ni tak se'basah' winter lepas.. Disember 2007, kami sekeluarga sampai di Edinburgh. Masa tu hujan. Tiba di Dundee, hujan masih turun.. Hujan kat sini tak lebat tapi turun sekejap-sekejap dan lama weeiiihhh.... Masa tu, tersangat la rasa bosan sebab tak boleh pi mana-mana. Dan lagi, siangnya pendek sangat.. Mana biasa dengan waktu siang yang tak sampai 8 jam! Bengong sekejap.. Dah la hujan memanjang (almost hari-hari!!).. Pulak lagi.., masa tu tak punya kenderaan sendiri.. Tak dinafikan, kenderaan awam kat sini sangat 'kelas' tapi nak menunggu (dan pergi menunggu..) amat ler menduga ketabahan hati dan minda! Leceh.. Kena balut satu badan.. Tapi, perut kena isi; mulut perlu disuap jugak.. Pi la jugak town.. Sebelum tu, dekat2 flat ni, ada Tesco. Mudah sket nak beli barang-barang rumah/dapur. Alih-alih, ditutup plak sebab nak buat Tesco Extra.. Katanya buka this April.. Oh! Alangkah..
Tak lama pastu, aku balik M'sia (masa tu mai teman isteri tercinta sebulan - tolong mana-mana boleh to settle down, especially skolah anak-anak). Kat M'sia, settle application, settle segala yang patut, dan akhirnya mai semula late Feb '08. Masa tu dah nak masuk spring.. Hujan masih ada tapi hari dah panjang sket.. Masa tu, berkira-kira nak beli kereta.. Hari-hari pergi St. Andrews naik bas, jalan kaki dalam sejuk dan basah, bosan gak ler.. Sejukkk... At last, beli ler kereta.. Beli kereta 4th hand jer for £900 (masa tu £1 = RM7 lagi!) Kalau la ni, alangkah.. Tapi kira ok ler.. Senang sket nak ke town.. Senang sket nak ke sana sini.. Senang sket aku nak pi St. Andrews! Tak perlu ler aku tunggu bas dalam sejuk ditiup angin North Sea tuu..
Sekarang..,
Tak sabar nak berjumpa spring lagi..
Tak sabar nak tengok pokok kembali berdaun..
Tak sabar nak tengok bunga tepi-tepi jalan..
Tak sabar nak tunggu Tesco Extra buka..
dan..
Tak sabar jugak nak balik M'sia, tangkap ikan lagi.. Haha..

6 comments:

Cinta said...

wah....dpt dirasakan aura utk menangkp ikan kmbali...

benludin said...

rumah dekat dgn tay river ke?sbb kat situ ada tesco.

eh..betul ke nama sungai tu..pokcik dah lupa..:)

amey ahmad said...

angle,
hehe.. aura yg tak pernah padam sejak tahun 1998! dah 11 tahun mencari dan mencari ikan..

bro ben,
yg tu Tesco Riverside.. yg tu dok ada lagi.. yg tu la kami dok pi membeli.. yg 'baru' ni Tesco South Park (kot! takdan ingat nama..)
betul lak bro nama sungai tuu..

p/s - wa hilang segala pics wa amik masa jalan2 Dundee. PC lab kena virus, depa format pc tu, abih pics wa.. tension betul..

BeLLeZa_MinX said...

i nak sambung....
"..... dan i tak sabar nak tgk lyla kahwin.. "
waahhahahahahha

Khadijah said...

wah, bapa ikan sejati..ehehe

benludin said...

ilang?
alahai..kena pi travel sekali lagi la...haha