Thursday, July 14, 2011

sudah 'terlupa'

Dok sibuk dengan apa tahh.., sampai sudah lupa 'tempat' inii.. Hari ini, setelah beberapa kali 'mencuba' akhirnya dapat masuk jugak.. Hehee..

Salam semua.. Semoga anda gembira..

p.s. tarak idea mau tulis laa...

Monday, August 16, 2010

hari ke-6

diam tak diam.. sedar tak sedar.. dah masuk hari ke-6 berpuasa di musim panas nii.. 1st day kena puasa dr jam 2:05 to 21:05.. about 19 jam.. memang best.. memang terasa.. hari ni hari ke-6 berpuasa.. puasa dari 2:52 to 20:55.. about 18 jam.. nak kata tak terasa penat, dahaga dan lapar tuu.., menipu laa.. tapi kalau dibandingkan dengan hari pertama, hari-hari selepas hari pertama tuu.., semakin 'meriah' bila anak-anak yang berpuasa penuh kali pertama tak komplen.. tak demand nak makan itu ini.. dan tak cerewet bila berbuka.. senang cerita.. pastinya itu salah satu rahmat dari Dia.. syukur..

semalam, kawan lama datang beriftar bersama.. seronok.. lama juga tak jumpa.. last jumpa dia tahun 1994! lagi rahmat Ramadhan 1431h..

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan di perantauan

Tahun ni tahun ke-3 berpuasa di perantauan.. Terkenang kampung halaman.. Terkenang orang di bazar Ramadhan.. Tapi, paling terkenang, kedua orang tua laa.. Itu yang terbayang-bayang.. Saat ini.. Jam baru 5.45pm.. Lambat lagi nak buka posa.. Lagi 3 jam lebih lagii.. Aiihhh.. Begitu laa.. Tahun ni berpuasa di musim panas.. Summer! Siang panjang, malam singkat.. Kena berpuasa panjang.. Nak buat macam mana, kena berpuasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.. Kat mana.. Musim mana.. Kena la ikut.. Kan??

Kepada semua..

Selamat menjalani ibadah puasa..
Selamat berbuka pabila tiba waktunya..
Selamat bersahur untuk berpuasa esoknya..
Selamat beribadah untuk hari yang tiada esok padanya..

Friday, July 30, 2010

Gatal tangan je nii..

Mak aii..!! Lama gila tinggal.. Password pun dekat2 lupaa.. Nasib baik tak kena 'blok'.. Hehehe.. Takde pa pe yang special nak cerita punnn.. Saja nak lepas rinduuu.. Bagus jugak blogspot ni tak 'gantung' bloggers dan blogs yang mandom cam blog niii.. Hehehe..

Esok mau pi bbq kat Monikee Park.. Ahad minggu lepas, bbq satay kat Camperdown dahh.. Seminggu sebelum tuu.., bbq jugak kat Camperdown jugak.. Rasa best pulak.. Dua Ahad lepas, main masak2 dengan anak2 dan isteri jee.. Ahad lepas, main masak2 dengan keluarga Zul, keluargan Mahiz dan keluarga Mahmud serta dua anak dara dan si abang kepada seorang anak dara dari St. Andrews. Esok punya bbq, seramai masyarakat Melayu kat Dundee akan turut serta.. Memang meriah lee.. Harap2 laa.. Harap jugak sakit kepala tak menyerang.. Kalau tak, jadi la macam bbq kat St. Andrews aritu.. Cam 'hampeh'..

Tapi agak boring sebab anak2 dara yang ikut bbq dua Ahad aritu dan si isteri takde skali.. Depa nak pi 'kerabat' gunung la pulakkk.. Wishing them all the best.. Selamat pergi kerabat gunung dan selamat kembaliii... Hehehe..

Sunday, January 10, 2010

Salji dorong curang??

Huh!! Biar betul.. Nak tau lebih lanjut, klik http://www.hmetro.com.my/articles/Saljidorongcurang/Article/

Entah la kann?? Harapnyer takde la orang2 'kita' yang buat perangai nii.. Dari artikel tersebut, ramai yang buat hal merupakan ".. penduduk kawasan paling teruk dilanda salji, termasuk di Hampshire, Berkshire, dan West Country." Lucky, area aku ni tak terlibat.. Ha ha ha..

Berat dok sebahagian penduduk UK nii..

Friday, January 8, 2010

Keeping up with the 'unprecedented' UK winter

Ni winter ke-3 - 1st was in 2007, then 2008 and now.. The 1st time, was nothing.. The 2nd one a bit excited - siap plan pi winter 'retreat'.. The 3rd one.. Went for another 'winter' retreat and it was fun.. But, I think I had enough snow - for the rest of my life lah..

This winter is really different from the previous two.. Too much snow.. Too cold.. I had -16 degC masa winter trip aritu.. Recently, it was reported that Scottish Highland recorded much lower temperature, -21.2 degC!!

Ermmm.. Nak cerita sejuk macam mana, payah gak.. Tapi memang sejuk laa.. Pernah masuk 'cold roam'? Suhu cold room biasanya 4 degC to as low as -4 degC!! Or, kalau nak rasa camne sejuk -21 tuu.., try cari freezer -20 and sleep in it.. Boleh kot 'experience' kesejukkan 'pelik' winter kat UK kali nii..

Masa kat SANAE aritu, penah alami suhu -20 degC. Tapi mentari terang.., siang 24 jam.. So, takde masalah sangat.. Lagipun, tak perlu ke mana-mana.. Tak perlu pi Tesco, tak perlu pi lab.. Dok dalam 'kabin' jerr.. SANEA IV is very confortable.. Suhu dalam kabin, c. 20 degC.. So, boleh la pakai short jerr..

Apa nak buat? Perlu terus hidup.. Berusaha.. Berdoa.. dan tawakkal.. Insya'Allah!
p.s. I'm back.. I think.. Hello again :-)

Tuesday, April 21, 2009

Apa nak cerita..??

Tang mana nak mula..?? Lama tak menulis.. Malas sebenarnya tapi selalu saja masuk dan baca cerita-cerita di blog rakan-rakan.. Ingat nak stop sekejap mem'blogging' (takde effect punnn..), tapi kalau stop, rasanya akan stop teruslah.. Jadi, ambil keputusan untuk menulis sebaris dua sebelum 'stop' sebab nak balik Malaysia untuk menjalankan penyelidikan di lapangan.. Memandangkan kemungkinan tidak ber'on-line' untuk tempoh masa lebih 10 minggu, elok rasanya diberitahu di sini, "Saya merindui tulisan kalian.. Teruskan menulis, dan jangan padam (bagi chance saya baca, ok! [agak2 tau kot sapa.. hehe]..)"

Saya akan menjelajah ke beberapa hulu sungai di Malaya semasa proses menjalankan kajian/mengumpul data. Kepada rakan di K. Lipis, insya'Allah saya akan ke sana.. Kalau ada kesempatan, boleh pekena teh tarik secawan dua.. Yang di sebelah utara, lama juga saya berada di sana.., "Jom pi pekena nasik kandaq Sarip kat Glugoq.." Yang di selatan, saya akan datang ke tempat anda.. Tapi, sampai Kota Tinggi jer kot.. Yang di ibu kota.. "Maaf ler, kawasan tu tak 'hulu' walaupun ada 'Hulu Klang'.. Saya pi Ulu Yam saja.."

p.s.: ni part yang paling best..



Yang ditinggalkan di Dundee, "Sabar ek.. Dok lame.. Nanti balik laa.. Doa2 semoga semua berjalan lancar.. Jaga diri molek.."

Insya'Allah..