Tuesday, April 21, 2009

Apa nak cerita..??

Tang mana nak mula..?? Lama tak menulis.. Malas sebenarnya tapi selalu saja masuk dan baca cerita-cerita di blog rakan-rakan.. Ingat nak stop sekejap mem'blogging' (takde effect punnn..), tapi kalau stop, rasanya akan stop teruslah.. Jadi, ambil keputusan untuk menulis sebaris dua sebelum 'stop' sebab nak balik Malaysia untuk menjalankan penyelidikan di lapangan.. Memandangkan kemungkinan tidak ber'on-line' untuk tempoh masa lebih 10 minggu, elok rasanya diberitahu di sini, "Saya merindui tulisan kalian.. Teruskan menulis, dan jangan padam (bagi chance saya baca, ok! [agak2 tau kot sapa.. hehe]..)"

Saya akan menjelajah ke beberapa hulu sungai di Malaya semasa proses menjalankan kajian/mengumpul data. Kepada rakan di K. Lipis, insya'Allah saya akan ke sana.. Kalau ada kesempatan, boleh pekena teh tarik secawan dua.. Yang di sebelah utara, lama juga saya berada di sana.., "Jom pi pekena nasik kandaq Sarip kat Glugoq.." Yang di selatan, saya akan datang ke tempat anda.. Tapi, sampai Kota Tinggi jer kot.. Yang di ibu kota.. "Maaf ler, kawasan tu tak 'hulu' walaupun ada 'Hulu Klang'.. Saya pi Ulu Yam saja.."

p.s.: ni part yang paling best..



Yang ditinggalkan di Dundee, "Sabar ek.. Dok lame.. Nanti balik laa.. Doa2 semoga semua berjalan lancar.. Jaga diri molek.."

Insya'Allah..